Tayar Pecah, PLUS Enggan Bayar Gantirugi


Dulu pernah terbaca, jika berlaku apa-apa di lebuhraya, kita sebagai pengguna boleh membuat tuntutan kerosakkan dari pihak lebuhraya. 

Jadi, apabila berlakunya kejadian tayar pecah berpunca dari sebiji skru di lebuhraya, kakak saya telah membuat laporan polis. Salinan laporan itu dihantar kepada pihak PLUS untuk membuat tuntutan gantirugi kerosakkan. 



Dan hari ini, kami menerima surat maklumbalas dari PLUS yang menyatakan tiada sebarang tuntutan gantirugi yang akan dibayar. Menurut PLUS, alasan yang diberikan adalah tidak diterima. 

Memang benar, bukan mudah untuk pihak PLUS memantau keadaan setiap lebuhraya mereka, tetapi mereka ada kata bahawa kenderaan yang melalui lebuhraya telah diinsurankan. Tetapi maklumbalas yang saya terima pula tidak 'senada' dengan jaminan yang mereka berikan. Terima kasihlah! - Syarifah Aisyah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.