'Tergamak Suruh OKU Bangun Dari Tempat Duduk Mereka'


Adalah menjadi satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana bersikap diskriminasi terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Kejadian yang memalukan ini berlaku apabila kakitangan kedai Dapur Opah, Cameron Highland ini tergamak mengarahkan OKU bangun dari tempat duduk mereka.

Hanya kerana mereka sekadar minum minuman di kedai itu walaupun sebelum itu OKU berkenaan telah bertanya dan meminta izin terlebih dahulu. 

Sepatutnya golongan ini diberikan keistimewaan dan perhatian kerana kekurangan dan kesukarannya. Tetapi layanan yang sebaliknya pula diberikan kepada mereka.

Mereka bukan perlukan belas kasihan kita tetapi cukuplah sekadar kita mengasihi dan mengasihani mereka.

Saya yang pada ketika itu membawa ibu yang juga berkerusi roda terasa agak terkejut dan membatalkan hasrat untuk makan di situ kerana bimbang dimalukan sedemikian rupa. 

Oleh itu, anda fikir-fikirkanlah dan nilaikan sebaik-baiknya. - Azie MotorWorld | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.