'Teringin Peluk Mak Tapi Jauh'


"Siapa-siapa ada kenal dengan ibu kepada budak ini, tampillah membantu. Kasihan budak ini rindu sangat pada ibunya. Posmen datang ke hantar surat ini ke rumah kami sudah beberapa kali, kami pun tak tahu nak buat macam mana. Pakat-pakatlah tolong," demikianlah rayuan Atien Farhana meminta orang ramai membantu mencari ibu kepada adik ini. 

Difahamkan, surat itu ditulis kepada Puan Norliza binti Hassan oleh anaknya yang berada di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Bagaimanapun, alamat yang ditulis oleh pengirimnya tidak tepat menyebabkan posmen gagal menyampaikan surat itu kepada ibu. 

Apa yang menariknya, isi kandungan surat itu jika dibaca dengan teliti, ternyata pengirimnya rindukan kehidupan yang normal seperti remaja yang lain. Alangkah rindunya adik ini kepada ibunya. 

Assalamualaikum, kepada keluarga yang dirindui selalu, adik harap semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Amin.. 

Mak dah makan ke belum? Adik baru selesai makan. Mak hari ini nak masak apa? Adik di sini rindu sangat pada masakan mak. Bilalah adik nak balik ni, umm.. tak sabarnya nak balik jumpa keluarga di rumah. 

Iman macam mana sekarang? Adik rindu sangat pada Iman. Iman tahun depan dah nak masuk sekolah, adik harap dia dapat belajar tinggi-tinggi. Boleh jadi doktor, kan mak? Amin.

Mak, adik-adik macam mana? Adik rindu sangat pada mereka. Mereka rindu tak pada adik? Adik Zul macam mana sekarang? Tentu dia semakin nakal kan mak? 

Mak, kenapa adik hari-hari hantar surat, mak tak pernah balas pun? Mak ada masalah ke? Kalau mak ada masalah, ceritalah pada adik di sini.

Mak, adik rindu sangat pada mak. Adik nak sangat peluk mak tetapi jauh, nak buat macam mana. Adik terpaksa terima sebab ini semua salah adik.

Mak, abah macam mana? Adik rindu sangat pada abah. Abah rindu tak pada adik? Entah-entah abah tak ingat siapa dah adik ini kan?

Mak, adik minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Adik harap abah maafkan adik. Mak, Kak Ida macam mana? Adik rindu sangat pada dia. Kirim salam pada Kak Ida tau. 

Adik Husna pula macam mana? Sihat tak? Bahagia tentulah bahagia kan? 

Mak, sampai sini saja yang adik dapat tulis untuk mak. Lain kali adik tulis surat lagi. Mak jangan lupa pos gambar dan hantar surat pada adik tau. Adik tunggu tau. 

Mak, kirim salam pada semua. Terimalah peluk cium dari adik. I love you family... - Adik

Nota Kaki: 9 bulan lagi....

Apabila nikmat kebebasan sudah dihadkan, itulah kesilapan yang perlu ditanggung. Perkara seperti ini tidak akan berlaku jika si anak taat dan patuh pada segala nasihat ibu bapa atau penjaga mereka. Moga jadi pengajaran kepada mereka yang lain. - PIXEL MEDIA



No comments

Powered by Blogger.