Tinted Gelap, JPJ Nafi Kenakan Kompaun RM2,000


PUTRAJAYA - Susulan viralnya laporan The Sun di media sosial tentang denda RM2,000 yang dikenakan bagi kesalahan penggunaan tinted gelap melebihi had, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil menafikan. 

Ketua Pengarah, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, laporan yang dikeluarkan oleh The Sun itu adalah tidak tepat dan terdapat kekeliruan selain dari turut memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Kompoun maksimum bagi kesalahan tersebut adalah RM300 sahaja, bukannya RM2,000 atau penjara 6 bulan jika denda itu gagal dibayar. 

"Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media mengenai perkara ini. Denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara seperti yang dilaporkan The Sun adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama," katanya. 

Ekoran dari kekeliruan itu, JPJ menerima banyak maklumbalas negatif dari orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan.

Menurut beliau, JPJ bertoleransi dalam menggenakan kompaun bagi kesalahan penggunaan cermin gelap, pemanduan melebihi had laju dan mempertimbangkan kadar perbezaan sebanyak 10% bagi setiap had yang ditetapkan. 

"Misalnya bagi penggunaan cermin gelap, ditetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) untuk cermin sisi dan belakang adalah sebanyak 30%. Tetapi pemiliknya menggunakan kadar melebihi 35-40%, kompaun masih tidak dikenakan. 

"Begitu juga dengna kadar had laju. Jika ditetapkan 110km/j dan 120km/j masih belum dikenakan saman," katanya.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.