UMNO Bersikap Jujur, Hudud Tak Boleh Dilaksanakan


PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini berkata, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, lapor Free Malaysia Today.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara itu semenjak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan parti PAS.

"Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud. Seolah-olah ia sangat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting dari hukuman hudud. 

"Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam yang membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, merompak, minum arak dan murtad," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan. 

Tambahnya lagi, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu. Tiada mana-mana pihak yang boleh mengatakan hukum Allah SWT itu tidak relevan. Tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.

"Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka adalah lebih baik kita mengambil pendekatan yang berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.