Upload Gambar Resit Mydin, Lelaki Ini Dibahan Kaw² Netizen


Hanya kerana seorang lelaki memuat naik gambar resit Mydin dengan stereng BMW, beliau menjadi bahan troll netizen dengan respon-respon yang amat sarcastic. 

"Salam. Nak tanya warga Kuantan, kalau tersalah beli barang dekat Mydin, boleh tukar balik tak? Resit saya ada lagi," kata Ahmad Muizzuddin Mohammad di Facebook group Warga Kuantan. 

Tindakannya itu menyebabkan netizen menuduhnya riak dan sengaja mahu menunjukkan yang dirinya mempunyai kereta mewah jenama BMW. 

Lebih menarik lagi apabila ada sesetengah netizen juga turut berkongsi logo kereta mereka yang juga dalam perjalanan nak ke Mydin kononnya.












"Untunglah Mydin dapat pelanggan VVIP sehari dua ni. Hahaha!" 
Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat bahawa Ahmad Muizzuddin hanya berseloroh sahaja. Namun ada yang tersalah faham lalu mengecamnya terlalu serius.

Berdasarkan laman Facebook beliau, tidak kelihatan sebarang gambar kereta BMW yang dimuat naik. Hanya dua gambar stereng Honda City 2014 sahaja yang dikongsikan. Itu pun hanya sekadar uji pandu atau meminjam kereta rakannya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.