(Video) Laki Bini Curi Telefon


Kejadian kehilangan telefon. Di sini saya sertakan video rakaman CCTV sebagai bukti kehilangan telefon saya pada jam 11 pagi Isnin 1 Februari 2016 di Restoran Mamak Taqwa, Bukit Seri Gombak.

Walau bagaimanapun, saya mengaku bahawa perkara ini berlaku di atas kecuaian saya sendiri yang tergesa-gesa mahu mengalihkan motosikal disebabkan ada kesesakan di luar restoran tersebut. Setelah mengalihkan motosikal, saya terus membuat pembayaran di kaunter dan beredar dari restoran itu.

Kecuaian seperti ini tidak mustahil berlaku pada sesiapa sahaja yang mengalami situasi seperti saya.

(Video) Laki Bini Curi Telefon
Kejadian kehilangan telefon. Di sini saya sertakan video rakaman CCTV sebagai bukti kehilangan telefon saya pada jam 11 pagi Isnin 1 Februari 2016 di Restoran Mamak Taqwa, Bukit Seri Gombak. http://goo.gl/mGAVKh
Posted by The Hype Media on Sunday, February 14, 2016
Pada jam 3.30 petang, 10 Februari 2016, Rabu, saya dihubungi oleh pekerja restoran yang mengenali individu terbabit. Saya datang ke restoran itu untuk berbincang secara baik dan saya sengaja memberi masa dua minggu untuk memberikan peluang dan selesaikan dengan cara baik. Tetapi tiada respon positif dari individu terbabit.

Telefon saya tidaklah begitu mahal tetapi isi di dalam telefon itu amat penting bagi saya. Saya berharap perkara ini tidak berlaku pada orang lain. - Rafizie Hamdan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.