Ya Allah, Dia Cabul Saya Depan Suami!

Kiri: Lelaki Nepal pengsan selepas dibelasah | Kanan: Mangsa yang menghidap asma masih trauma

Allah! Nak gugur jantung saya. Di kala tengah nak setup barang busking di Sogo, datang lelaki Nepal ini dari belakang memeluk saya. Saya terkejut dan cuba menolaknya. Tiba-tiba dia selamba menjerut leher saya dan tarik ikut dia. 

Saya tolak muka dia sekuat hati. Baru nak angkat kaki yang berkasut Timberland ini, suami terus menolak saya ke tepi dan 'shoot' jantan sial itu.

Ya Allah, di depan suami saya kot? Di depan orang ramai pula tu? Terus sesak nafas saya pada masa itu sebab terkejut. Berderau darah saya. Suami bagi sedas dua dah terjelepok. Amankah Malaysia? 


#selamatpagimalaysia#muslimah#malaysiamasihaman
Posted by GENJI Buskers on Tuesday, February 16, 2016
Ada yang kata kami sengaja mereka-reka cerita. Kejadian ini bukanlah rekaan. Kalau kenal siapa kami yang selalu busking di depan Sogo, anda pasti tahu situasi di sana. Belum bodoh lagi nak merekayasa cerita dan ramai saksi kejadian pada malam tadi. 

Kami sudah melaporkan kes ini kepada pihak polis. Mereka sendiri geram mendengar saya diperlakukan seperti itu. Semoga wanita dilindungi sebaiknya. Risau kelak terjadi pada wanita yang lain. 


Ini gambar lama, tetapi nak beritahu bahawa beginilah cara pemakaian saya malam tadi. Tanpa make up sedikit pun di muka ini. Jangan nak kecoh mengatakan saya kelihatan seksi. - Farah Farliana | PIXEL MEDIA 

No comments

Powered by Blogger.