10 Sebab Untungnya Berkahwin Dengan Nurse


10 sebab untuk mengahwini staff nurse ini dikongsikan oleh seorang jururawat Eh Elyaa melalui laman Instagramnya. Bagaimanapun, akaun gadis itu telah pun dinyahaktifkan. 

Tidak pasti sama ada 10 perkara yang dikongsikan ini relevan atau tidak, namun ia adalah peringatan kepada golongan lelaki yang mahu berkahwin dengan golongan wanita yang bekerja sebagai jururawat. Walaupun 10 perkara ini nampak indah, tetapi janganlah lupa bahawa mereka bekerja mengikut syif tanpa mengira jururawat kerajaan ataupun swasta. Jadi, kekerapan untuk berjumpa dengan isteri di rumah adalah jarang.

Apa yang penting ialah, sikap saling fahami memahami itu amat penting jika anda memilih untuk berkongsi hidup dengan jururawat.

Jom baca 10 tips di bawah: 

1. Selepas bangun pagi, katil anda mesti sudah siap dikemaskan. Maklumlah, biasanya buat bedmaking patient sampai 30 bed sehari. Jadi, setakat katil di rumah itu, apalah sangat. Bukannya ada sampai 5 katil pun.

2. Mereka tiada rasa jijik nak mencuci pampers anak. Golongan ini berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari. Setakat lampin anak, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad. 

3. Sistematik. Cuba bayangkan staff nurse memasak, mesti bahan-bahan masakan disusun atur seperti ubat-ubatan pesakit. Alah, setakat bawang putih 3 ulas + 100gm ikan bilis, apalah sangat nak dibandingkan dengan katil 1Pt A, T Metoprolol 50mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD. Itu baru satu patient. 

4. Anda ada banyak baju putih? mesti dapat basuh sekali dengan uniform mereka dan mereka selalunya tahu combination sabun apa nak bagi baju putih. Maklumlah daripada time study lagi mereka dah pakai baju putih. 

5. Mereka ini sado-sado. Maklumlah reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke roda. Jimat duit nak pergi ke gym. 

6. Kalau mereka mencuci rumah, mereka tak gunakan sabun pencuci lantai tetapi chlorrhexidine dengan alcohol dan ini terbukti secara klinikal.

7. Nak buat mereka marah? Susah gila sebab hari-hari mereka berdepan dengan masyarakat entah apa-apa. Tetapi kalau dah marah, patient GCS 3 terus improve jadi 20/15.

8. Mereka boleh beri anda masa untuk rindu sebab mereka kerja tidak menentu, ikut syif. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tak berjumpa walaupun duduk serumah. 

9. Anda terluka di kaki akibat terjatuh? Jangankan luka kaki, bedsore kategori 4 pun mereka boleh cucikan. 

10. Hari-hari mereka akan cerita pengalaman baru, maklumlah pesakit bertukar-tukar setiap hari. - Elyaa | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.