4 Si Comel Mati Kelaparan Dihurungi Semut


TANJUNG - Gambar yang dimuat naik oleh Nura Manaf di Facebook Kelab Kucing Ku Sayang ini, mengundang rasa simpati peminat haiwan berkenaan. 

Nura yang pada ketika itu dalam perjalanan pergi makan tengah hari, menemui sebuah kotak yang ditinggalkan di tepi jalan. 

"On the way pergi lunch, ternampak kotak. Bila pergi tengok, haaaa!" katanya yang juga terkilan dengan penemuan yang tidak disangkakan itu. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca kematian empat ekor anak kucing ini. Namun, netizen percaya keempat-empat ekor kucing ini mungkin kebuluran sehingga mati.

Melihat gambar bangkai anak-anak kucing ini dihurungi semut, sudah cukup menyedihkan hati, lebih-lebih lagi pencinta kucing. 

Entah manusia jenis apa yang tergamak membuang anak kucing seperti ini tanpa memberikan mereka peluang untuk hidup. 

Bagi mereka yang mempunyai kucing atau anak-anak kucing yang sudah tidak mampu dibela, anda dinasihatkan untuk menyerahkan kucing-kucing itu kepada mereka yang berminat melalui laman-laman seperti Pet Finder Malaysia, Facebook group seperti Kelab Kucing Ku Sayang dan banyak lagi yang anda boleh cari di laman Facebook. 

Usah ambil jalan yang mudah untuk kepentingan diri anda biar apa jua sekali pun alasan yang diberikan. Jangan hanya punyai rasa suka, kasihan dan sayang pada kucing di saat awal membela mereka. Namun bila lama kelamaan, terasa semakin beban dan akhirnya mengambil keputusan membuang mereka keluar dari rumah. 

Sikap mementingkan diri seperti ini tidak menguntungkan diri, sebaliknya menambahkan lagi dosa yang sedia ada kerana anda tergamak menganiaya haiwan kesayangan Nabi Muhammad. 

Sekali lagi kami menyeru kepada mana-mana individu yang tidak berkemampuan, hilang minat atau kasih sayang pada kucing, serahkan saja kucing itu kepada mereka yang benar-benar menyayangi haiwan berkenaan melalui beberapa laman yang dinyatakan di atas. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.