'Abaikan Mahathir Kaki Gaduh & Buli Pemimpin Sabah'- Bung & Maximus


KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir seorang kaki gaduh, berdasarkan sejarah silamnya bercakaran dengan pemimpin lain, lapor Free Malaysia Today.

"Perkara ini bukan perkara baru, kita memang sudah ramal kerana inilah karekter Tun M.

"Kalau kita tengok, dengan siapa yang dia tak gaduh? Semua pemimpin dia nak gaduh. Pak Lah dia gaduh, dengan Anwar dia gaduh," katanya dalam sidang media di Hotel Seri Pacific, semalam. 

Sementara itu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula mendakwa Tun M adalah seorang pembuli terutamanya terhadap pemimpin politik Sabah.

"Semasa dia jadi perdana menteri, PBS keluar dari BN di ambang PRU 1994 kerana tidak berpuas hati terhadap sikap tidak ambil peduli oleh Kerajaan Persekutuan berhubung isu-isu yang menyentuh kepentingan di Sabah," memetik kenyataannya dari BERNAMA.

Maximus juga mendakwa Tun M menggunakan ISA untuk melenyapkan kritikan mereka yang menentangnya. - PIXEL MEDIA.

No comments

Powered by Blogger.