'Ainan Tasneem, Jangan Tegakkan Benang Yang Basah'

Susulan viralnya luahan kecewa penyanyi, Ainan Tasneem, terhadap seorang pramugara Air Asia didakwa biadab dan enggan membantu sepupunya mengangkat bagasi ke ruang penyimpanan di atas, pramugara terbabit tampil mempertahankan dirinya. 


"Hai Ainan, itu awak ke? Maaflah tak kenal sebab tak follow Facebook dan Instagram awak. Di radio pernah juga dengar nama dan lagu awak, tetapi muka tak pernah pula tengok. Tadi baru Google. 

"Eh, yelah! Dia artis di Malaysia rupanya,"

"Saya terkejut nama saya tiba-tiba menjadi famous hari ini. Kawan siap tunjuk screenshots post awak yang mention nama saya.

"Saya minta maaf sangat-sangat kalau saya ada salah silap pada awak, sepupu awak dan 'makcik' awak itu. Perkataan 'Sorry, this is not my duty actually' bukanlah ayat yang menyatakan yang saya tidak mahu menolong awak mengangkat beg itu. Cuma mahu mengingatkan yang itu bukan kerja kru kabin untuk mengangkat beg. Lebih-lebih lagi beg yang berat. Jadi, lain kali tak perlulah mengharapkan kami untuk mengangkat beg. 

"Saya tolong angkat beg yang berat itu juga kan? Saya bukanlah kejam sangat, cuma sikit-sikit sahaja. Hehehe! Lagipun, layanan saya pada semua penumpang adalah sama ketika saya bertugas. Kecuali warga tua dan orang kelainan upaya yang memerlukan, akan mendapat layanan istimewa dari saya.

"Nak bercakap dengan foreigner dan Malaysia itu pula, kebiasaannya memang orang lokal yang banyak suruh angkat beg. 

"Terima kasih juga sebab tidak memalukan saya. Tetapi janganlah menegakkan benang yang basah siap cakap saya biadab bagai. Tetapi saya tak hairan sebab awak pandai menulis lagu, apalah sangat nak tulis cerita seperti ini kan? Kena ada tokok tambah, barulah sedap didengar. 

"Saya bekerja mencari makan di sini untuk menyara keluarga saya. Disebabkan tindakan awak, tak pasal-pasal nanti saya dalam pemerhatian orang atasan. Harap kita kosong-kosong. Peace no war," katanya. - PIXEL MEDIA

3 comments

azizghani said...

Pramugara tu pun satu..kalau tak mahu menolong janganlah cakap macam tu..larilah jauh2...gentelmanlah sikit..tak kiralah penumpang tu oku ke org tua ke..kalau mereka minta tolong seharusnya kita tolong.. itu budaya melayu kan..tak payahlah beri alasan bagai...kalu kerja kat warung awak tu org panggil pelayan shj...jangan nak ego sangat..

azizghani said...

Pramugara tu pun satu..kalau tak mahu menolong janganlah cakap macam tu..larilah jauh2...gentelmanlah sikit..tak kiralah penumpang tu oku ke org tua ke..kalau mereka minta tolong seharusnya kita tolong.. itu budaya melayu kan..tak payahlah beri alasan bagai...kalu kerja kat warung awak tu org panggil pelayan shj...jangan nak ego sangat..

PKG GEMENCHEH said...
This comment has been removed by the author.
Powered by Blogger.