Akhirnya Ainan Tasneem Minta Maaf


Ingatkan tiada penghujung dan bakal bersambung, akhirnya Ainan Tasneem terbuka hati untuk membuat permohonan maaf secara terbuka melalui laman Instagram beliau. 

Ainan mengakui bahawa dia terlalu beremosi mengeluarkan kenyataannya sebelum ini. 

"Salam semua. Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada Encik Ridzwan, Flight Attendant Air Asia tentang apa yang berlaku sebelum ini.

"Saya sudah cuba menghubungi belia dan Direct Message (DM) beliau di Instagram, tetapi mungkin dia belum ada kesempatan untuk membacanya lagi. 

"Sebagai manusia biasa, saya juga tidak lari dari membuat kesilapan. Mohon maaf juga kepada semua pihak yang berkaitan yang tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini.

"Sekali lagi, maafkanlah saya dan percayalah bahawa kami tidak pernah menganggap Flight Attendant sebagai kuli. Malah kami sentiasa berterima kasih kerana mereka selalu membantu kami selama ini," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.