'Aku Dah Ceraikan Kau Dunia Akhirat!'


Saya seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamil. Kehidupan saya sebagai suami isteri bahagia sehingga hari raya tahun lalu selepas saya mendapat tahu yang suami saya bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. 

Walaupun saya bukan pilihan keluarga, tetapi kedua-dua belah keluarga merestui perkahwinan kami. 

Pada hari raya kedua, suami beritahu saya yang dia harus pulang ke kampung di seberang kerana mahu menguruskan urusan harta dan tidak mengizinkan saya mengikutnya kerana saya pada ketika itu mengandung 7 bulan. Doktor juga menasihatkan saya untuk tidak menaiki kapal terbang. 

Dua minggu suami berada di sana, sampai satu hari kawan saya menghantar mesej memberitahu terlihat gambar suami saya sedang bersanding. Bila saya melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati saya. Dalam gambar itu, suami saya dengan isteri barunya bersama ibu mertua, kakak dan adik ipar saya. 

Setelah suami pulang, saya meminta penjelasan daripadanya. Suami meminta maaf dan berjanji akan menjadi suami yang adil, dengan syarat saya perlu merahsiakan perkahwinan saya dengan suami dari isteri keduanya. 

Saya maafkan dan menerima syaratnya kerana anak yang saya sedang kandung ini dan juga dia terpaksa akur dengan kata-kata ibunya yang sakit. 

Sepanjang dua bulan selepas suami berkahwin dengan isteri kedua, dia jarang pulang kerana mahu menjaga rahsianya sudah mempunyai isteri pertama. Walaupun begitu, dia hanya berlaku adil pada saya sehingga saya habis pantang. 

Perangainya mula berubah, marah dan sudah kerap menipu saya. Kadang kala kami bergaduh hanya kerana saya memintanya pulang untuk berjumpa dengan saya. 

Saya sedih yang dia telah banyak berubah. Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu dan saya cuba mencari dan menghubungi dia. Tindakan saya itu membuatkan dia berang dan rimas menyebab dia mengambil keputusan untuk menceraikan saya secara tergantung. Adakah itu alasan yang wajar untuk dia menceraikan saya? 

Sekarang sudah tiga bulan dia meninggalkan saya tanpa sebarang nafkah dan ternyata isteri barunya sedang hamil dan sudah tahu mengenai saya. Saya dicaci, dihina oleh madu saya sendiri. 


Di bawah, saya sertakan mesej antara saya dengan isteri barunya dan perbualan saya dengan suami.



 

Saya buntu, sudahlah sedang hamil dan mempunyai bayi berusia 6 bulan. Hidup pula sebatang kara dan suami tinggalkan saya tergantung begitu sahaja. Sekarang saya mendapati kandungan saya mengalami masalah dan doktor mencadangkan untuk gugurkan untuk menyelamatkan nyawa saya. 

Saya mahu berjumpa dengan suami tetapi dia enggan kerana sudah berubah disebabkan oleh perempuan itu. Dia sudah tidak seperti lelaki yang saya kenal pada awalnya dahulu. Apa yang mampu saya buat sekarang ialah hanya berdoa dan memohon pertunjuk dari Allah. - Kisah Rumah Tangga | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.