Al-Ikhsan Nafi Tipu Pelanggan Di UNISZA


KUALA LUMPUR - Viral di media sosial semalam mendakwa Al-Ikhsan telah menipu pelanggan dalam jualan penghabisan stok di UNISZA baru-baru ini.

16 Mac lalu, Al-Ikhsan didakwa kononnya menjual kasut jenama Adidas pada harga asal meskipun tertera di tag harga diskaun 50% telah diberikan. 

Akibatnya, gambar itu tersebar meluas di media sosial dan sesetengah netizen yang mudah terpengaruh mula menggelar Al-Ikhsan menipu pelanggan. 

22 jam yang lalu, Al-Ikhsan melalui laman Facebook rasminya tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut. 

"Untuk pengetahuan semua, pihak Al-Ikhsan telah menampal semula tag harga dengan menggunakan sticker berwarna unggu mengikut harga asal (RM260) dan diskaun (50%). Ini bagi memudahkan pelanggan mengetahui harga asal dan potongan harga yang diberikan. 

"Harga yang tertera di sticker asal (putih) adalah RM130 di mana ianya adalah harga selepas diskaun," jelas kenyataan itu. 

Justeru, Al-Ikhsan menasihatkan, mana-mana pelanggan yang mempunyai keraguan dengan barangan jualan mereka bolehlah menghubungi mereka secara terus berbanding memviralkan di media sosial kerana tindakan itu boleh menjatuhkan nama baik syarikatnya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.