Anda Suka Pasangan Anda Sebab Nafsu Atau Allah?


Kalau sukakan seseorang, cuba jauhkan diri dari dia. Waktu itu, baru awak boleh bezakan sama ada awak suka dia sebab nafsu atau sebab Allah.

Kalau suka ikut nafsu, awak tak boleh menjauhkan diri dari dia. Ada saja yang rasa tak kena. Takut dia curang atau tinggalkan kita. Kalau awak sukakan dia sebab Allah, awak akan cuba kawal perasaan. Tak contact, tak berjumpa dengannya tanpa sebab.

Lagi cuba nak menjauhkan diri sebab takut Allah kurangkan rasa sayang satu sama lain. Tetapi mention nama dia dalam doa tidak pernah tertinggal sebab awak tahu hati dia Allah pegang.

Awak percaya Allah Maha Pengatur segalanya? Saya percaya. Siapa kita untuk menafikan perasaan yang hadir?  Siapa kita untuk menolak fitrah yang datang? Rujuk pada Dia, Dia pemilik hati manusia.

Cinta manusia itu tidak salah tetapi kawallah dengan iman, bukan nafsu. Jika rindu, titipkan dalam doa. InshaAllah dia akan turut merasainya. 

Di saat lelaki itu sedang bekerja keras untuk menghalalkanmu, di saat itu juga ada wanita yang mendoakanmu agar dimudahkan urusanmu untuk menghalalkannya. Moga Allah jaga, mohon Allah lindungi, moga baik-baik dalam jagaannya. - Usrah Santai | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.