Baby Kerap Menangis & Tidur Tak Lena, Rupanya Ada 'Sesuatu'


Assalamualaikum ibu-ibu dan mereka yang bakal menjadi ibu. Saya ingin berkongskan kisah saya untuk dijadikan iktibar untuk para ibu semua. Apa-apa pun, sebagai umat Islam kita sememangnya percaya pada Allah SWT penyembuh segala penyakit. 

Sejak Selasa yang lalu, baby saya kuat menyusu. Baby saya berusia dua bulan nak masuk tiga bulan dan fully breastfeeding. Dia tidur pernah lena, asyik nak menyusu sahaja. Tidur tak sampai 10 minit, dah menangis-nangis nak susu. Sampaikan puting saya luka dan demam kuat satu serta sakit satu badan menyebabkan saya terlantar 4 hari. Saya terpaksa berikan baby susu formula sebab dia sentiasa lapar. 

Semalam, bapa mertua menyuruh saya bawa baby kepada adik sepupunya yang pandai mengubat perubatan Islam. 

Tadi saya pergi, pakcik saya (adik sepupu bapa mertua) bogelkan baby dan baca beberapa surah. Bila dia pusingkan belakang badan baby, air matanya menitik. Terus dia marah tanya ada tak bawa baby ke mana. 

Katanya ada 'sesuatu' yang menumpang di belakang badan baby. 'Sesuatu' itu tidak diberi makan oleh 'ibubapanya' dan yang menyusu selama ini adalah makhluk berkenaan. 

Pakcik saya hanya pegang saja belakang badan baby, tetapi merah habis satu badannya. Selepas selesai membaca beberapa surah itu, dia menyuruh saya menyusukan baby saya kerana dia terlalu lapar, katanya. 

Selepas saja menyusu sepuas-puasnya, Alhamdulillah baby saya tidur dengan lena dan tidak lagi menangis atau cepat lapar seperti sebelum ini.

Jadi saya ingin berkongsi pesanan pakcik saya kepada para ibu semua, setiap kali kita atau suami kita terutamanya yang baru balik dari sungai, hutan, laut atau balik tengah-tengah malam, sebelum masuk rumah, ludahlah ke luar sebanyak tiga kali. Juga katakanlah,

"Cukuplah sampai sini kamu mengikut aku,"

Kemudian bacakanlah "SubhanaAllahwalhamdulillahwalaillahhaillawahAllahuakbar,". 

InshaAllah semoga baik-baik belaka. Saya cuma berkongsikan kisah saya. Apa pun, hanya Allah SWT yang berkuasa. - Sheila Nazilah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.