'Bahagia Rumah Tangga Kalau Ada Isteri Camni'


"You suka lelaki yang macam mana?"

Saya lebih suka lelaki yang susah terlebih dahulu sebab saya boleh merasa susah senang bersama-samanya. Saya tidak kisah dia kerja sebagai apa. Lagi bagus jika dia bekerja di warung sebab setiap hari saya boleh makan makanan kampung. Lagi menarik bilamana ada pesta bola, boleh jerit di warung itu bersama-sama. 

Saya tak kisah jika dia bekerja di pasar malam. Apa yang penting ialah dia mempunyai niat mahu berniaga dan terasa bahagia bila berniaga. Di samping itu saya boleh temankan dia berniaga di situ sambil cakap dan menjerit, "Apam balik seringgit! Apam balik seringgit!". Well, saya teringin sangat sebenarnya. 

Saya suka lelaki pergi bundle sebab citarasa akan sama. 

Kesimpulannya, saya memang suka makan di warung sahaja sebab saya tidak gemar dengan makanan yang acah-acah barat. Memang saya tak pandangan makanan seperti itu. 

Saya suka pergi ke pasar malam sebab ada banyak makanan yang lebih sedap dari kedai hipster. Saya gemar pergi ke kedai bundle sebab ada banyak pakaian yang cantik dan lawa serta mungkin takkan ada yang sama. 

Lelaki yang baik akan ada bila diri kita sendiri bersikap matang dan sederhana. Mahu yang baik, tengok dari sikap awak sendiri wahai perempuan. 

Masalahnya, masih wujudkah wanita seperti ini dan jika ada, berapa peratus yang masih wujud? - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.