Berang Anak Terjatuh, Bapa Tendang Kanak² Lelaki


SHANDONG, CHINA - Berang anaknya terjatuh, bapanya tergamak menyepak seorang budak lelaki dengan kuat di sebuah pusat hiburan kanak-kanak di negara itu. 

Video seorang lelaki dewasa menyepak belakang kanak-kanak berusia 3 tahun itu tersebar di media sosial negara itu, mencetuskan kemarahan netizen. 

Lapor Shanghaiist, kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam pada 27 Februari lalu, mangsa sedang bermain dengan anak suspek di pusat hiburan tersebut. Namun secara tidak sengaja mangsa telah tertolak anak suspek dan kedua-duanya terjatuh sama.

Sepak budak
Kurang ajar!!! Tergamak sepak budak kecik sampai tak boleh bangun budak tu!! #marhaentv
Posted by Marhaen TV on Thursday, March 3, 2016
Suspek yang memerhatikan insiden itu lantas bangun dan terus menyepak belakang mangsa kerana berang kanak-kanak itu penyebab anaknya jatuh. 

Mangsa terus menangis dan tidak dapat bangun akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki itu. 

Anak suspek dan beberapa kanak-kanak yang lain cuba memujuk mangsa agar berhenti menangis. Namun, sepakan suspek menyebabkan mangsa trauma tidak dapat menahan kesakitan terus menangis sehingga ibunya tiba di pusat hiburan tersebut. 

Ibu mangsa memarahi suspek yang memperlakukan anaknya sedemikian, bagaimanapun suspek enggan mengendahkan dan sesekali cuba melawan kata-kata wanita itu. 

Ekoran viralnya video tersebut, pihak polis telah menahan suspek untuk tindakan selanjutnya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.