'Buang Masa Pergi Interview Rayani Air'


SEPANG - Beberapa individu yang menghadiri temuduga terbuka syarikat penerbangan baru, Rayani Air, meluahkan rasa bengang dan kecewa mereka terhadap pengurusan dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat terbabit. 

Temuduga terbuka yang diadakan hari ini di KLIA2 itu dikatakan tidak teratur dan kakitangan Rayani Air juga didakwa tidak profesional sehingga ada yang bertindak mengaib maruah calon temuduga. 

Berikut komen-komen 'mangsa' yang tidak berpuas hati dengan Rayani Air, diperoleh dari laman Instagram syarikat penerbangan patuh syariah tersebut:


"Mana-mana individu yang pakai braces (pendakap gigi), strictly mereka akan suruh balik. Yang make up ala kadar juga akan disuruh tambah make up dan sebagainya," kata Njnamn.

"Crowded! Buang masa orang beratur panjang-panjang dari jam 10 pagi yang kemudiannya pendaftaran temuduga ditutup. Padahal panggilan terakhir adalah pada jam 11 pagi. Lepas itu senang-senang suruh submit resume sahaja. I was like, "WHATT??!!!". Masa itu emas okay, jangan bazirkan masa kami," luah Nurlizaisnin.


"Boleh cakap elok-elok kan suruh calon yang pakai pendakap gigi itu balik? Ini tidak, macam tiada adab, dihempasnya resume kawan saya. Ingat kawan saya itu apa? Lainlah kalau kau terbang luar negara nak perfect!" kata Eiya Rosee.

"Pada pendapat saya, itu semua hanya membuat masa. Mungkin lain kali Rayani Air perlu senaraikan kriteria yang mereka inginkan. Beratur bukan main panjang lagi, tapi nak yang perfect sahaja. Yang cacat cela tak nak langsung," cadang Syareena Ariff.


"Betul tu Syareena, dia demand sebab nak dekat 2,000 calon yang datang interview. Kawan saya tadi tak ada semua perfect, mereka disuruh balik tanpa sebarang alasan yang munasbah. Padahal sudah tunggu berjam-jam lama. Ada yang datang dari Kedah, Kelantan, kasihan betul," kata Aizaera mengesahkan kenyataan Syareena.

"Saya tidak akan recommend syarikat penerbangan ini. Pihak pengurusan Rayani Air teruk. Patutnya maklumkan awal-awal "NO BRACES ALLOWED!". Dah 5 jam beratur, akhirnya disuruh balik hanya kerana pendakap gigi. Saya tak tahu apa yang istimewa sangat penerbangan ini sampai pakai pendakap gigi pun tak boleh. Syarikat penerbangan yang lain ada saja yang pakai pendakap gigi.

"Seperkara lagi, kakitangan Rayani Air tiada hak untuk menjerit pada calon yang memakai pendakap gigi. Untuk pengetahuan, saya bayar RM10,000 untuk pendakap gigi ini! Kau mampu?!" luah Naiman Noraziezan.

"Saya hantar bakal isteri saya ke KLIA2, tengok ramai yang datang hadir interview beratur sampai Starbucks. Lepas itu ramai yang kena tolak hanya kerana tidak memakai tali leher (bagi lelaki), kantoi perut, kantoi jari tak lurus dan macam-macam lagi," kata Lausurpadora40.


"Memang calon yang datang untuk temuduga Rayani Air ini terlampau ramai. Apa yang paling saya kesalkan ialah, pihak pengurusannya dan cara mereka mengurus kehadiran calon yang ramai sangat teruk. Kurangnya kakitangan dan tiada ruang yang mencukupi. Hampir setengah hari menunggu, last-last disuruh balik. Sia-sia saja menunggu lama-lama.

"Semasa kakitangan Rayani Air memeriksa resume calon, tolonglah jangan cakap kuat-kuat pada orang yang mereka tidak layak hanya kerana itu, kerana ini. Tak fikir ke perasaan dan maruah calon yang datang? Ini kah cara Rayani Air melayani orang?

"Tolong spesifik dengan apa yang Rayani Air mahukan. ya, sudah tentu mahu fresh grads, lepasan SPM, ex crew, yang dari flying school semua nak mencuba. Tetapi nyatakanlah sekali kalau tak nak ada calon yang mempunyai jerawat ke apa, senang cerita Rayani Air mahukan calon seperti model.

"Saya gagal temuduga hanya kerana senyuman saya tidak seperti yang pihak Rayani Air mahukan? Saya tertanya-tanya jenis senyuman apa yang Rayani Air mahukan? Senyuman sampai ke telinga?" luah Faizal Hamdi. - PIXEL MEDIA










22 comments

tantejosdiana tajulariffin said...

Nak tanye skit. Ade ke U pernah nampak cabin crew pakai braces? Yes cara staff tu x btul. I agree but common sense kut braces is not allowed. BTW braces bleh pakai on d inner side of d teeth k.

Erna Hamdila said...

Standard la pergi interview. Mana2 syarikat yg gah pun ada je management teruk. Org yg marah sangat tu rasamya terlalu berharap nak dpt. Tapi pada I, utk jadi FA, mmg dari dulu diorg nak criteria ala-ala model. Common sense kan..

amad jedi said...

Yang kecoh tu selalunya cakap"kawan saya""kawan saya""kawan saya".bukan sendiri yang kena lol.silap2 tambah cerita

Mohd Yashar said...

Erm..ni sume poyo...nk g tbiu pkai la tali leher..kalo xde gak simpul je tali kasut tu...yg dok komen lak sume kwn2 yg g tbiu..erm....

riezuan pozi said...

Belum dpt kje lg dh berlagak mampu pakai braces 10k.. kalau dh kaye xpyhla mntk kje tu.. kalau mcm ni caranya,xpki braces pun confirm xdpt kje n ntah sape nk amik kje.. inilah org muda skrg, bila marah die igt die yg plg hebat.. juz mind ur words..

akmal said...

Engkorang yg pg interview tu cermin diri tu tu dulu...layak ke tak. dah tau pakai gigi besi..xyah la dtg...pernah ke engkorang nampak stewardes pakai gigi besi...ada jerawat...yg jantan pun xreti ke nak pg interview mcm mana...pakai la tali leher. Ni nak salah kan management...salahkan diri sendiri la...dtg interview menggatal buat hapaaa..!

Nazrin Zakaria said...

aku pernah pergi iv airlines lagi besar dari rayyani lagi famous.tapi alhamdulillah.aku di reject dgn cara yg sopan..haha.ala biasalah tu.compny baru.msti banyak kurang.dgn ramainya lagi.die pon manusia.tp tulah hopefully after this rayyani air kene bagi terang skit criteria calon..baru interview xdpt nak mengamuk.sok stress kerja. pax pon ko maki.cane?

Suadi123 Adi said...

Agak2 ssh sgt nak minta keja tu..mtk je keja kilang..senang lagi x delah kena kutuk..tulah owg malaysia memilih sgt keja..nak kj yg gaji beribu ribu dolar...hahaha

yanienasim said...

Dik...interview nak jadi cabin crew mmg la mcm tu...beratur panjang...kena perfect dik....mana ada lg crew yang pakai braces dik...secalit parut kalau ada pun kena reject dik....mmg susah dik...huhuhu...akak dulu banyak kali pegi cuba baru dapat...belajar dari setiap interview yang x dapat tu...kena biasakan diri dik...nanti kalau kena marah dengan passenger...camna????

Mark Aiman said...

I'm sorry..first of all to all those who have been waiting for hours n then got rejected. I understand the feeling. I, actually have no rights to make comments. But what I found out after reading thru is that most of you lack certain important criteria.
1. Patience
2. Smile
3. Appearance
It's very important in this line of work where you will be facing lots of peoples everyday. The pressure is very great.
Anyway, brush up on all these and better luck next time..

March 6 2016 @4.02pm

Nuralia Mazlan said...

Hi, cabin crew here. Tumpang lalu comment untuk orang yg tapuas hati. First of all, rasanya korang semua memang kena study and tau apa requirements untuk jadi cabin crew. Rayyani Air wasnt being specific of the grooming traits tp senang cerita

1) tade parut (anywhere thats visible, kalau ada je mmg reject)
2) cabin crew mmg taboleh pakai braces ye regardless berapa mahal braces awak tu :)
3) scoliosis, limping, jari tategak..semua tu NO,NO,NO :)
4) masalah jerawat? Dik, pergi klinik kulit hilangkan semua tu dulu baru try balik ya
5) mekap tacukup? Nama pun cabin crew dik, pernah nampak kami pakai make up mcm nak pergi pasar? Kalau tapandai mekap mintak lah tlg kwn kwn yg pandai tlg buatkan mekap sebelum pg interview
6) lelaki tapakai tie? Dik,tu mmg common sense tau? This is an industry that values aesthetic in the highest regard.
7) beratur panjang? I've been to a few major airlines interviews. Kerja for two airlines dah. Setiap kali pergi interview mesti beratur panjang takiralah awak ex crew atau freshies.
8) senyum tu subjective. Different airlines different beauty perceptions. Ada kwn pernah pergi MAS interview kena reject sebab senyum tamanis. Pergi Singapore Airlines diterima pulak. Subjective.

Personally rasa mcm yg pergi interview Rayyani Air ni have no idea apa cabin crew interview tu. Jgnlah mcm tu. Awak semua pergi interview memana pun kena research dulu kan? Just because it's open house doesnt mean it's without any guidelines. I've friends who spend money on cosmetic surgery, dental surgery etc sbb nak jadi cabin crew. Its ruthless. The industry itself values beauty to highest level. Pernah beratur as ex crew utk a major airlines interview diorang last from morning (8am) till late (almost 9pm). Saya pun tapandai make up dulu. Mintak tlg kwn mekapkan.

Point is, mana mana airlines pun sama process. Saya pun pernah kena jerit pergi interview dulu

Ady Evans said...

After read this comment.. i dont blame a company who want to put their standard n protocol. Bising nak yang cantek.. cacat cela x nak? Do u think is fair back to the company? Lagi satu.. people who dependable n never be in management level will not understand.

Put yourself in... if u have a company.. do u want to hire org x pakai tie.. takde etika pada keje..do u want to?? You have the answer.

To FA must has a standard. Oh.. apply to MAS tau pulak standard dier.. Rayani Air korang peleceh sebab baru nak naik. Who the hell are u to judge n to assume mcm tuh.

You expect contoh company bus nak amek pekerja yg handsome xpi x pandai bawak bus?? Ape ke lembab bodoh korang ni? Pikir laa skit org malaysia.. bodoh betul.

Please malaysian THINK!!!

xxAkiraKunxx said...

Kawan kau tu bodoh ke apa? Pegi interview nak jadi FA kot. Bukan kau nak interview pegi angkut sampah. Apa kau nak aspect? Aku pun ikutkan minat gak nak jadi FA ni. Tapi aku tau yg dari sudut fizikal aku x layak. So better aku "tak payah buang masa" pegi sana n tahu aku kena reject. Ni confirm budak2 hipster yg bingai, bajet2 hot
Puihhh.. lanjiao..

suriana ibrahim said...

Salam... nama pun pergi INTERVIEW nak jd FA. Uolls dah tahu apa itu FA. so bila dah thu maksud FLIGHT ATTENDANT sila lh buat research dl sblom main terjah je. FA bukan senang nak jadi FA. Tak semudah yg uolls pk kan.

wan abey said...

Br nk interview pun dh xleh sabar. Mcm mana nk layan customer yg byk karenah klu dh kije nanti.

Anna Dl said...

Kena tau grooming, berpersonaliti, etika, protokol etc.. dah nama pun keje yg mmg tgk semua benda tu. Nak jadi artis , xjadi model pun kena ambik kira semua tu. Positif je la. Next time improve apa yang kurang

ex cabin crew said...

Pada semua yang teringin nak jadi crew..glamour la katakan..nak pergi interview tu buat research. tak kira airlines tu besar ke kecil ker..kriterianya sama,make up mesti cantik,rambut,cara pemakaian pakaian ,jerawat,parut n so on memang akan direject. Nama pun kerja penerbangan .grooming mesti bagus.. tu belum lagi bab dealing dengan penumpang..baru nak gi interview terus nak kata itu ini. belajar dulu tatatertib temuduga dan company tersebut.

biskut said...

Adik2 sekalian punggung besar pun tak boleh tau.

eims mohd said...

puihhh..jgn harap la xd org dlm bole dapat!!bukn nk ckp besar ke ape pdhl besa2 jee... aku nk ckp perfect tu xd la juga muka jawa je.. tp penh la juga wat partime modeling... top 30 maskulin 2010....pnh g interview fa ( co rahsia ).. ok degree aku ade/muka jerawat xd/senyumman mmg aku suka senyum/ketawa besela wat lawak bgng kdg2...:P/tinggi ngam 184/berat ideal/ body atlet/speaking bole laa... 9/10.. lps stage 3 , die tnye ade kanl sapa2 org dlm x ... aku ckp xdo main redah je dtg...pastu suh balik klu terpilh .. smpi skg dh 2 thun harammmmmmmm....igt muka cntik kacak cnfrm dapt kee... xd org dlm jgn mmpi la weii.....

hakimah kreko said...

mungkin ada protokol yang kita tidak tahu di dalam syarikat penerbangan... saya pernah tengok drama watak yang nak jadi FA.. oleh itu, saya tahu betapa ketatnya peraturan yang mereka perlu ikut dan betapa perlunya peraturan itu.Harap bersabar semua pihak,

Nani Noraini said...

Sabar jela kawan-kawan yang tak berjaya tu.. ad mse cuba lg ye..

Said Caco said...

Kepada yg dimalukan secara tidak berpatutan bolehlah menyaman syarikat tersebut untuk pengajaran, sebab kita ni manusia yg ada perasaan, guna bahasa yg kurang baik dan meninggikan suara tu adalah satu sifat yg kurang baik lebih2 lagi di khalayak ramai, tapi kalau nak saman malu pastikan anda ada semua bukti dan saksi yg kukuh,

Pengajaran untuk syarikat dan pengajaran buat org ramai...

Kalau aku memang sah kena saman ni syarikat sebab aku memang buat persediaan...

Sekadar perkongsian...

Powered by Blogger.