'Bukan Ditukar Tetapi Dikeluarkan Dari KBS' - KJ


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan laporan bahawa pegawai KBS yang didakwa terlibat dalam penyelewangan RM100 juta itu ditukar ke kementerian lain. 

"Pegawai itu ditahan kerja dan tidak dihantar ke mana-mana. Tolong betulkan laporan," tweet Khairy kepada Astro Awani pada jam 8 malam semalam. 

Ekoran tersebarnya berita yang tidak tepat itu, netizen sebulat suara mengkritik kerajaan yang dianggap menjalan mudah untuk menyelesaikan masalah. 

"Pegawai KBS yang disyaki rasuah ditukarkan ke kementerian, mungkin ditukarkan ke JPM. Senang betul nak menyelesaikan kes rasuah di negara kita. Tukar kementerian saja, semuanya selesai," kata Kakek Jayjay

Dalam perkembangan terbaru, Khairy menjelaskan bahawa pegawai terbabit telah dipindahkan keluar dari KBS. Beliau secara teknikal tidak digantung sebagai penjawat awam tetapi dikeluarkan dari kementerian.

Di awal pendedahan kes itu juga, netizen mempersoalkan ketidakpekaan Khairy dalam memantau kewangan kementerian sehingga berlaku ketirisan yang tidak sepatutnya. 

Khairy bagaimanapun memberikan alasan bahawa beliau tidak begitu memerhatikan pegawai berkenaan.

"Secara peribadi, saya tidak tahu sebab saya lihat beliau biasa-biasa sahaja di pejabat. Apa yang ditunjukkan dalam media, gaya hidup beliau, tidak dipamerkan sewaktu kerja.

"Di pejabat, saya tidak perasan sebab saya tak tengok jam dia," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.