Cedera Dicakar Kucing Liar


KUALA LUMPUR - "Mengalir air mata ummi bila tengok keadaan Irfan macam ni. Bercelaru fikiran, macam mana boleh terjadi begini?" demikian rintihan si ibu kepada anak kecil yang cedera teruk di bahagian kepala dan wajahnya yang dimuat naik di laman Facebook, Rabu lalu. 

Menurut si ibu, Noora Rakeb, seekor kucing yang dipercayai kucing liar atau kucing jirannya melompat ke arah anaknya dan terus mencakar muka mangsa. 

"Kucing itu lompat dan terus cakar anak saya. Kucing liar agaknya sampai nak 'baham' Irfan. Sakit bila tengok keadaan anak saya begini. Geram rasanya, kasihan anak saya. 

"Kalau saya jumpa kucing itu, saya simbah dengan air panas," katanya geram namun tidak bermaksud benar-benar mahu melakukannya. 


Tambah Noora, akibat kejadian itu, Irfan menerima beberapa jahitan di dahi dan kepalanya kerana luka yang agak dalam. Selain itu, mangsa juga telah diberikan suntikan ubat antibiotik dan tahan sakit. - PIXEL MEDIA








No comments

Powered by Blogger.