Cukai Tanah Bagi Tanah Kediaman Dimansuhkan - Adenan


KUCHING - Cukai tanah ke atas tanah pertanian kurang dari 100 ekar dan kediaman di negeri ini dimansuhkan, berkuatkuasa hari ini. 

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di sidang media di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, hari ini, lapor The Borneo Post.

"Dengan pemansuhan ini, cukai tidak akan dikenakan ke atas tanah kategori tersebut. Semua tunggakan dan bayaran tambahan, jika ada akan dibatalkan. 

Keputusan pemansuhan itu melibatkan 360,422 geran tanah dengan jumlah cukai RM8.58 juta atau 19% dari jumlah keseluruhan cukai tanah di negeri itu.

Menurut Adenan lagi, kerajaan negeri akan membayar balik kepada pemilik tanah yang sudah menjelaskan cukai tanah masing-masing. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.