Dasar Berkursus 7 Hari Setahun Penjawat Awam Ditangguhkan


PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengeluarkan surat arahan penangguhan dasar berkursus 7 hari setahun bagi semua anggota Perkhidmatan Awam. 

Surat tersebut menyatakan bahawa penangguhan penguatkuasaan itu dibuat bagi memberi ruang kepada semua agensi Kerajaan menyusun semula kursus-kursus di bawah Pelan Operasi Latihan (POL) mengikut keutamaan dan keperluan anggota berdasarkan kepada keupayaan kewangan agensi-agensi Kerajaan. 



Penangguhan itu berkuatkuasa mulai tarikh surat dikeluarkan (29 Februari 2016). Bagaimanapun tertakluk kepada penerimanya oleh pihak berkuasa masing-masing. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.