Design Dalaman Rumah Gaya Hispter Ini Raih 1,700 Like!


Barang dan perabot di dalam rumah ini dibeli sedikit demi sedikit. Bukannya beli sekali gus semua. Kebanyakannya dibeli semasa di rumah sewa lagi. Bila berpindah ke rumah sendiri, dah ada barang-barang. 

Masa saya mula berminat dengan aktiviti deko ini, beli sebulan satu barang. Tetapi, pastikan barang yang dibeli itu adalah bersesuaian dengan tema yang diingini. Bukannya membeli mengikut apa yang kita lihat cantik di kedai. ini kerana, bila nak letak di rumah kelak, belum tentu cantik seperti di kedai. 

Saya pun beli barang mampu milik dan yang paling penting ialah kebanyakkan perabot yang dibeli semasa jualan murah dan yang terpakai. Nak nampak cantik balik barang-barang, perlulah rajin DIY mengikut kreativiti. Tidak semestinya kreatif, boleh juga rujuk pada video tutorial di laman YouTube. Yang tak ada internet pula boleh rujuk majalah dekorasi yang banyak dijual di pasaran.

Saya pun bukanlah pandai sangat tentang hal deko. Hebat lagi orang Interior Designer. Tetapi oleh kerana mempunyai minat, saya pun perlulah belajar sedikit tentang interior design ini. Tiada alasan untuk tidak boleh deko. 

Rumah selesa, kita pun seronok nak duduk dalam rumah. Suami pun tak keluar rumah. Anak-anak lagi suka. Bab bersepah barang itu, mana-mana pun sama. Nak rumah nampak macam showhouse, jenuhlah. Kalau anak sepahkan rumah, biarkan saja. Nanti sama-sama kemas, tak perlu bising bagai.

Pasu-pasu kaca yang dirasakan berbahaya, kalau boleh janganlah gunakan. Macam saya, letak pasu kaca dalam gambar hiasan saja. Ambil gambar, kenalah ada gaya sikit deko-deko itu. Bab habuk ke, sawang labah-labah ke, jangan ditanya. Rumah di Malaysia, mana-mana pun ada habuk. Di luar negara pun lebih kurang tetapi habuknya sikit (mungkin). Tak perlu nak membanding beza, itu semua alasan sahaja.

Tak ada masa nak deko, cubalah cari masa yang ada. Duduk di ruang tamu saja, cuba susun bantal-bantal, ubah perabot sikit-sikit. Ini contoh sahaja, terpulang kepada masing-masing nak deko macam mana. Jangan tunggu hujung minggu nak buat semua itu. 

Bagi yang pening tengok deko warna warni saya, tak perlulah comment. Saya punya rumah, saya punya suka. Jangan memperlekehkan design orang. Biarlah orang itu nak design macam mana sekali pun, ikut suka dia. Sekian leteran saya tentang dekorasi dalaman. - Nani Idayu | PIXEL MEDIA






































No comments

Powered by Blogger.