Dindim, Penguin Yang Mengenang Budi Penyelamatnya


RIO DE  JENEIRO, BRAZIL - Seorang nelayan tidak menyangka seekor penguin yang pernah diselamatkan olehnya akan kembali semula melawatnya setiap tahun.

Joao Pereire de Saouza, 71, menemui penguin itu terdapat sakit di atas batu pada 2011. Penguin yang diberikan nama Dindim itu kelaparan serta dipenuhi dengan minyak itu kemudian dirawat oleh Pereire sehingga sembuh sebelum dilepaskan semula ke laut. 

Namun, Pereire tidak menyangka yang Dindim akan kembali mencarinya semula selepas beberapa bulan kejadian itu. Dindim akan tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.

"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu. Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari. 

"Saya menyayangi  penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya Dindim juga menyukai saya. Saya juga akan memandikannya, menyuap makanan malah Dindim turut selesa tidur di riba saya," katanya.

Dindim dipercayai berenang lebih dari 5,000 kilometer setiap kali dia kembali semula pada Pereire. Selain itu, Dindim juga tidak gemar disentuh oleh individu yang lain dan akan mematuk jika mereka berkeras berbuat demikian.

Bagi ahli biologi, Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku. Namun dia percaya yang penguin itu menganggap Pereire adalah sebahagian dari keluarganya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.