Dipenjara 5 Hari Kerana Curi Seluar Dalam Wanita


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia, dikenakan hukuman penjara 5 hari dan denda RM800 kerana mencuri pelbagai barangan termasuklah seluar dalam wanita. 

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris, menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Ayu Nurtika, 47, yang memiliki status penduduk tetap negara ini, selepas mengaku bersalah mencuri 11 jenis barangan antaranya, 3 helai seluar dalam wanita, seunit permainan Lego dan seunit mangga basikal, lapor BERNAMA. 

Mahkamah Majistret mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menjalani hukuman tersebut dari tarikh ditangkap pada 17 Mac lalu. Sekiranya gagal membayar denda RM800, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua bulan. 

Ibu kepada anak berusia 11 tahun itu didakwa mencuri semua barangan bernilai RM322.09 di pasar raya Tesco Extra, Selayang, Jinjang, jam 12.19 tengah hari, 17 Mac lalu. 

Mas Ayu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjaran maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.