Fail Saman Halau Anak Keluar Dari Rumah


CHINA - Sepasang suami isteri yang sudah hilang sabar dengan kerenah anak perempuan mereka berusia 36 tahun, bertindak memfailkan saman bagi menghalaunya keluar dari rumah. 

Pasangan Chen berkata, anak perempuan mereka itu tidak tahu bersyukur dengan segala usaha yang telah mereka lakukan padanya. Walau bagaimanapun, mereka mengakui perkara itu terjadi berpunca dari kesilapan mereka yang terlalu memanjakannya. 

Menurut pasangan Chen, perangai anaknya menjadi semakin kurang ajar bilamana meningkat usia dewasa, selain dari bergaduh dengan mereka. Pernah cuba merujuk masalah itu pada komuniti kehakiman dengan harapan hubungan kekeluargaan mereka dapat dipulihkan. Namun, anak mereka enggan memberikan kerjasama.

Perangai anaknya itu benar-benar membuatkan mereka tertekan. Pasangan itu mendedahkan, mereka pernah memberikan wang sebanyak 150,000 yuan untuk anaknya membeli rumah dan berharap anaknya itu memahami maksud tersirat disebalik pemberian itu dan berpindah keluar. Malangnya, gadis itu tetap berkeras enggan berpindah dan menegaskan dia perlu tinggal bersama dan menjaga mereka. 

Mahkamah Beijing berkata, rumah tersebut adalah milik pasangan berkenaan. Mereka mempunyai hak untuk menghalau keluar sesiapa juga yang tinggal di dalamnya termasuklah anak mereka sendiri yang mana sudah dewasa dan mempunyai pendapatan stabil. Dengan itu, mahkamah memerintah gadis berkenaan keluar dari rumah ibubapanya. 

Pada akhir perbicaraan, hakim berkata bahawa anak-anak wajib mentaati, menghormati dan menjaga ibu bapa mereka selain dari menggesa keluarga terbabit berdamai. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.