Gagal Mengeja Dengan Betul, Guru Tampar Murid


SERDANG - Seorang pelajar SRJKT Serdang, Seri Kembangan, didakwa telah ditampar oleh gurunya kerana gagal mengeja perkataan yang diberi. 

Thivena Serene, 9 tahun, mendakwa dia telah ditampar di bahagian muka oleh guru Bahasa Tamil, Puan Kalyani, kerana gagal mengeja dengan betul.

"Semasa pulang ke rumah dari sekolah, anak saya memberitahu bahawa cikgu subjek Bahasa Tamil, Puan Kalyani telah menampar mukanya kerana gagal mengeja dengan betul perkataan yang diberikan. 

"Saya memeriksa muka anak saya dan mendapati bahagian atas mata sebelah kanan, bengkak," katanya.

Ekoran itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai guru tadika itu membuat laporan polis serta aduan kepada pihak kementerian. 

Berita mengenai kejadian itu yang tersebar di media sosial, menerima pelbagai reaksi dari netizen. 

"Itulah, bila guru dah panggil ibu bapa datang berjumpa, tak nak datang pula. Sekarang, bila sudah kena tampar, baru nak datang dan sebarkan pada media," kata netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ibu mangsa. 

"Kalau murid tidak tahu mengeja, adalah tugas guru untuk mendidik mereka sampai tahu mengeja. Bukannya menampar muka budak sampai lebam seperti ini. Kalau guru itu berasa susah mendidik anak murid, lebih baik berhenti dan jadi tukang sapu sekolah," kata netizen yang sebaliknya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.