'Gaji Awak Tu Saya Yang Bayar!'


Saya pergi ke Kidzoona Aeon dengan Haikal baru-baru ini. 

Masa tengah bermain-main itu, ada seorang gadis berusia 4 atau 5 tahun macam sedang menangis dan matanya memandang sekeliling seperti mencari seseorang.

Saya menghampiri dia dan bertanya sama ada dia okay ataupun sebaliknya. Rupanya memang tidak okay kalau muka dia macam nak menangis. 

Selepas pelahan-pelahan dipujuk, akhirnya dia membuka mulut yang dia sebenarnya nak kencing tetapi dia tidak dapat menemui ibunya.

Jadi, saya meminta salah seorang kakitangan Kidzoona untuk membantu membawa budak itu ke tandas sebab saya perlu menjaga Haikal. 

Walaupun dengan muka yang agak ketat, kakitangan itu bawa juga budak perempuan itu ke tandas. Dan saya sempat berterima kasih kepada kakitangan itu sebab, walaupun bukan tanggungjawab dan tugas dia, tetapi dia masih sudi membantu. 

Iyalah, mungkin dia pun tiada pilihan kan? Daripada budak itu terkencing di situ, lagi parah kerja dia nanti.

Malangnya, apabila ibu budak itu datang, kakitangan itu memberitahunya tentang insiden tadi. Ibunya turut dinasihatkan agar tidak meninggalkan anaknya bersendirian di situ lagi.

Tiba-tiba ibunya naik angin satu badan dan berkata,

"Eh?! Saya masuk sini saya bayar ye, takkan nak hantar anak saya kencing pun tak boleh?! 

"Saya tinggalkan anak sekejap di sini sebab saya ada urusan di atas. Saya bayar kan tadi? Gaji awak tu saya yang bayar!" bentaknya pada kakitangan terbabit.

Wow! Just wow!

Pertama, sejak bila play area seperti ini dianggap sebagai tempat meninggalkan anak? 

Kedua, mudahnya kita nak memberi amanah kepada orang yang kita tidak pernah kenal untuk menjaga anak kita? Bayar RM10 dan expect orang akan menjaga anak kita? Siap expect orang akan menghantar anak kita pergi toilet? Cashier play area itu bukan babysitter kot?!

Tiga, di mana letaknya kepimpinan melalui teladan kalau si ibu pun tidak bertanggungjawab seperti itu? Anaknya melihat dan semua orang yang berada di situ pun melihat adegan yang memalukan dan menyedihkan itu. 

Rasulullah s.a.w juga pernah berpesan, 

"The best parenting is through akhlak," 

Tolonglah para ibu bapa, zaman kecil anak kita sekejap sahaja, buatlah yang terbaik sementara belum terlambat. 

Anak-anak membesar menjadi seperti kita. Lihatlah diri kita sendiri dan bertanya, beginikah karekter anak saya yang saya mahu lihat pada 20-30 tahun akan datang?

Jika tidak, ubah! Jadilah ibubapa yang baik dan berikanlah contoh didikan yang betul pada anak-anak. 

Kalau kita menganggap menjaga mereka di masa kecil ini melecehkan, begitu jugalah mereka akan rasa leceh menjaga kita bila tua kelak. Fikirkanlah. 

Untuk puan tersebut, saya mohon jagalah anak puan sepertimana puan mengharapkan doa dan kebajikan daripadanya bila puan sudah tua kelak. Semoga Allah redha dan beri petunjuk. Salam sayang. - Rajiah | PIXEL MEDIA

1 comment

syahir said...

Ngape X sound terus masa kejadian tu. Takut ka?

Powered by Blogger.