Haram Guna Smartphone Di Pejabat Kerajaan


ASTANA, KAZAKHSTAN - Kakitangan awam serta pelawat yang berada di bangunan kerajaan diharamkan menggunakan telefon pintar. 

Larangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kazakhstan itu mengatakan bahawa mana-mana kakitangan awam dan pelawat perlu meninggalkan telefon pintar mereka di pintu masuk bangunan kerajaan bermula 24 Mac, selaras dengan dasar baru. 

Jelas sumber, larangan itu dikeluarkan bagi tujuan mencegah sebarang kebocoran maklumat dan dokumen rahsia kerajaan berikutan peningkatan laporan kes kebocoran maklumat sulit melalui aplikasi WhatsApp. 

Lapor Reuters, kakitangan awam hanya dibenarkan menggunakan peranti mudah alih asas tanpa kamera atau akses internet.

Difahamkan, kebocoran dokumen rahsia kerajaan sering berlaku dalam media di negara itu.

Baru-baru ini juga dilaporkan berlaku kebocoran maklumat berkaitan rancangan penswastaan dan semakan bajet syarikat milik negara yang berkaitan dengan KZT. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.