'Harap Najib Jadi PM Sampai Kiamat' - Adenan


SERIAN - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berharap agar Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia 'sehingga kiamat', lapor Astro Awani.

"Beliau sayang negeri Sarawak, ambil berat pada rakyat Sarawak dan kita pun sayang pada beliau. Mudah-mudahan beliau menjadi PM 'sampai kiamat'," kata Adenan semalam.

Menurut Adenan, Najib merupakan Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak dalam tempoh enam tahun memegang jawatan tersebut. Sebanyak 46 kali Najib seluruh pelusuk negeri Sarawak dan rekod itu dijangkakan akan terus bertambah berikutan terdapat banyak lagi program lawatan beliau yang dirancang selepas ini.

"Berbeza dengan pemimpin lain, Najib tidak pernah datang dengan tangan kosong setiap kali beliau berkunjung ke negeri ini. Sudah banyak projek pembangunan bernilai berbilion ringgit diluluskan oleh Najib termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (RM16 bilion) meskipun ekonomi negara merosot disebabkan kejatuhan harga minyak dunia. Namun Najib tetap meluluskan projek itu demi memenuhi keperluan rakyat Sarawak.

"Di mana rakyat Sarawak mahu mencari Perdana Menteri seperti Najib? Ada seorang pemimpin (Tun Dr Mahathir) yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi tidak sama jumlah lawatannya ke Sarawak seperti Najib," kata Adenan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.