'Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?'


KUALA TERENGGANU - Demikianlah persoalan dari tuan empunya badan yang baru berkahwin dengan suaminya yang berusia 62 tahun. 

Gambar yang dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook tersebar luas sehingga ada segelintir pengendali laman Facebook seperti Himpunan Gambar Lawak dilihat mempersendakan pasangan itu. 

"18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha," tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa. 

Hilang sabar dengan apa yang dituliskan itu, Nur Nasirah Nazri, isteri kepada Ismail Lambak, tampil mempersoalkan tindakan laman berkenaan. 

"terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak. 

"Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap. 

"By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa okay tak? Okaylah kot kan? Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

"Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," katanya. 

Menurut Nur Nasirah, dia sebelum ini mengambil pendirian untuk berdiam diri. Namun gambar dia dan suami telah tersebar meluas sehingga menjadi bahan jenaka netizen menyebabkan dia hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu. - PIXEL MEDIA

1 comment

Deen Zainudin said...

Sebenarnya tak ada masalah lelaki mature,60 tahun keatas berkahwin dgn wanita muda kurang dari 20tahun.Asalkan wanita itu sudah akil baligh dan boleh memikul tanggongjawap sebagai isteri,partner,ibu dan pasangan yg solehah kpd sisuami.
Yg selalunya menimbulkan masalah ialah orang luar yg jaki,dengki,jeles dan tidak senang hati melihat keadaan dan kebahgiaan sepasang suami isteri yg ingin melayari bahtera hidup mereka.Kadang2 oleh sebab desakan dan tekanan dari pandangan serong masyarakat luar ni,ada juga dikalangan ahli keluarga yg menentang dan menghalang perkahwinan diantara lelaki berumur dan wanita muda daripada berlaku.Alasan mereka untuk melindungi wanita,tetapi mereka lupa bahawa jodoh,maut,ajal dan rezeki adalah ditangan Tuhan,Allah SWT.Asalkan sisuami adalah jenis yg bertanggongjawap,tahu membimbing isterinya supay menjadi hamba Allah yg solehah dan ibu yg baik kpd anak2 mereka,apa salahnya??
Sentisa berfikur baiklah dan berikan sokongan kpd mereka.Itulah yg sebaik2nya.

Powered by Blogger.