Hospital Cuai, Habis Tangan Abah Digigit Semut


Aku kalau ikutkan hati, memang malas nak kongsikan apa yang terjadi pada abah aku hari ini. Tetapi hati dah geram sangat-sangat dan benda ini patut diviralkan agar menjadi pengajaran kepada semua pihak Hospital Seberang Jaya dan semua hospital/klinik seluruh Malaysia.

Untuk makluman, abah aku dalam keadaan 90% koma dan bernafas melalui O2. Terdapat luka di tangan yang perlu diberikan perhatian dan dibalut dengan betul.

Apa yang terjadi pada lewat petang tadi amat mengejutkan kami sekeluarga yang datang melawat. Balutan luka tidak dibalut dengan betul dan akibatnya, semua menghurung hampir sebahagian badan abah.

Aduan telah dibuat pada jururawat yang bertugas. Apa yang menambahkan lagi kemarahan aku ialah, tindakan hanya diambil setelah hampir sejam kami membuat aduan.

Laporan polis telah dibuat dan esok aku nak bersemuka dengan Timbalan Pengarah Hospital sebelum saman dilakukan. - Scooter Mohd | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.