Iklan Seksi, Firefly Mohon Maaf


KUALA LUMPUR - Gara-gara menerbitkan iklan yang mengandungi unsur seksis, Jumaat lalu, syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly Airlines membuat permohonan maaf, semalam.

Iklan yang menawarkan diskaun dari 10% - 60% bagi setiap penerbangan ke pelbagai destinasi itu dikritik netizen kerana tawaran tulisan 10%-50% itu dipamer pada punggung pramugarinya. 

"Kami di Firefly tidak berniat untuk menjadi seksis dalam cara menjalankan perniagaan kami. 

"Kami menyesal iklan kami baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak selesa bagi sesetengah pihak dan oleh itu kami memohon maaf," jelas kenyataan rasmi Firefly, semalam. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.