'Isteri You Setakat Ada SPM, I Lebih Cantik, Lebih Bagus Dari Wife You'


Wah! Jika terbaca mesej seperti ini di WhatsApp suami, sudah tentu marah tidak terkata. Itulah yang dibaca oleh seorang wanita bergelar isteri di handphone suaminya yang tertinggal di rumah. 

Perempuan yang pernah bertakhta di hati lelaki ini suatu ketika dulu, kini kembali menghubunginya dan meminta untuk bersama kembali. 

Demi memenangi hati lelaki itu, dia tergamak membanding beza dan memburukkan isteri lelaki itu yang didakwanya tidak layak bersama berbanding dirinya yang berpelajaran tinggi dan mempunyai segala-galanya. 

"I ada pelajar dan bekerja. I lebih cantik dan lebih bagus dari wife you. Kalau you kahwin dengan I, I bekerja dan boleh menyara hidup sendiri tanpa mengharapkan duit you.

"Isteri you? Study pun setakat SPM sahaja. Lepas itu jadi surirumah sahaja, langsung tidak menguntungkan you. Bebankan you lagi ada, nak tanggung dia lagi," katanya. 

Bagaimanapun, respon dari lelaki ini lebih mengejutkan. 



Mujur si isteri mempunyai suami yang sebaik ini dan tidak mudah terpengaruh dengan ajakan syaitannya itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.