'Izinkan Abang Kahwin Dengan Janda Anak 1 Itu'


Assalamualaikum, saya adalah isteri pertama. Suami telah berkahwin dengan isteri nombor dua pada 3 tahun yang lalu. 

Sewaktu suami nak bernikah dengan isteri nombor dua, suami telah memujuk saya agar setuju dengan hajatnya. Dia memberikan alasan yang dia kasihan dengan perempuan itu yang berstatus janda anak seorang dan tiada tempat untuk bergantung. Saya merasakan dunia bagaikan bergegar.

Ya, memang benar lelaki boleh berkahwin sampai empat. Tetapi, cuba lelaki bayangkan jika isteri mereka ada suami yang lain. Sudah pasti sanggup berbunuh sesama diri bukan? Begitu jugalah perasaan wanita, namun disebabkan wanita tidak berdaya dan kerana hukum Allah, saya bukakan hati saya untuk redha. 

Setiap malam saya menangis. Saya berusaha sekeras mungkin agar saya terus redha dan Allah tidak murka pada saya kerana dari kecil lagi saya dididik dengan ilmu agama yang tinggi. 

Alhamdulillah, akhirnya saya menemui ketenangan apabila saya memikirkan Allah sayang saya, sebab itu saya diuji. 

Sejak dari itu, saya diuji lagi. Duit nafkah selalu saja tidak cukup. Nafkah batin apatah lagi, tetapi saya sudah menjadi semakin lali. Saya sudah tidak kisah dan menjawablah suami di akhirat kelak. 

Setelah setahun suami berkahwin dengan isteri nombor dua, wanita itu telah datang ke rumah saya dan menyerang saya. Dia mendakwa saya telah menyihir suami sehingga suami saya tak mahu menceraikan saya agar mereka dapat bersama. 

Sudahlah hidup saya terseksa, rupanya wanita itu mendesak suami saya untuk menceraikan saya? Saya sudah tidak kisah pun jika diceraikan kerana hati saya selalu memendam rasa. 

Rupa-rupanya isteri nombor dua itu berkerja semenjak suami saya mengenali dia. Di mana kebenarannya bila suami saya kata wanita itu janda anak seorang dan tiada tempat bergantung? Dan sekarang pula, isteri nombor dua meroyan kerana suami ingin berkahwin dengan orang ketiga, iaitu anak dara. Saya pula dalam tuntutan fasakh sebab saya sudah tidak tahan hidup tanpa diberi nafkah zahir dan batin. Saya kasihan melihat anak-anak yang terumbang ambing dengan perangai ayah mereka seperti itu. 

Kepada kaum lelaki, ya kamu diberikan kuasa oleh Allah untuk beristeri sehingga 4 orang. Tetapi kamu jangan terlalu gah kerana kamu tidak setanding dengan zaman rasulullah di mana mereka di zaman rasulullah bernikah lebih dari satu untuk membantu wanita yang dalam kesusahan, jandan yang kesempitan hidup. 

Tetapi kamu lelaki di zaman sekarang adalah lelaki yang kebanyakkannya lelaki yang tidak berguna, berkahwin lebih dari satu hanya kerana nafsu. Yang tidak adil dari segi nafkah zahir dan batin. 

Cuba tanya pada diri sendiri, adakah kamu berkahwin untuk menolong wanita itu atau sekadar 'menolong' boboi di dalam seluar itu? atau hanya sekadar mahu menghalalkan skandal kamu? 

Sila betulkan niat, penuhi ilmu di dada, berlaku adil. Jangan disebabkan poligami, kamu akan diseret ke neraka. - Rumahtangga Bahagia Selamanya | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.