Jadi Gelandangan, Duduk Bawah Jambatan Baru Nak Dikira Asnaf Ke?


Suami saya kena stroke. Kami dihalau dari rumah sewa sebab sewa dah tertunggak selama tiga hari. Kami cuba memohon bantuan dari pihak Zakat untuk pindah, sebab perlukan modal. Malangnya pihak Zakat tidak mahu melayan kami dan memberikan alasan yang kami tidak layak sebab sewa rumah mahal. Lalu kami disuruh mencari rumah sewa di bawah RM300. 

Saya jual semua barang dalam rumah sebab nak mencarai modal sewa rumah lain. Sampai saya sanggup merayu pada YB agar dapat membantu kami. Rasa terhina betul. 

Sampai satu tahap saya terfikir nak pergi ke gereja untuk meminta bantuan. Mana saya nak usung suami yang sakit dalam keadaan tak berduit? Jadi gelandangan duduk bawah jambatan baru nak diiktiraf sebagai asnaf ke?

Ye betul, sesama Islam wajib ditolong. Tetapi janganlah sampai buat rakyat sendiri rasa seperti pelarian pula. Saya rasa nak menangis saja bila bawa borang ke hulu ke hilir. Kalau tak terdesak, tak adanya saya nak merayu meminta bantuan. - Nudra Syafinie | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.