Jual Bayi Untuk Beli iPhone & Motosikal


FUJIAN, CHINA - Satu pasangan muda dihadapkan ke mahkamah Jumaat lalu bagi pertuduhan melakukan jenayah menjual bayi perempuan mereka yang berusia 18 bulan dengan harga 23,000 yuan. 

A Duan dan Xiaomei masing-masing berusia 19 tahun yang bercinta sejak 2013, namun tidak mempunyai sebarang sijil ikatan yang sah kerana usia mereka terlalu muda untuk berkahwin mengikut undang-undang negara itu.

Lapor portal berita tempata, A Duan lebih banyak menghabiskan masa di kafe siber berbanding isterinya yang melakukan pelbagai kerja separuh masa.

Xiomei tidak beberapa lama kemudian hamil dan melahirkan seorang bayi perempuan pada 28 Ogos 2014. Tetapi mereka tidak merancang untuk mempunyai zuriat pada waktu itu.

Oleh kerana A Duan tidak mempunyai pekerjaan, lalu dia merasakan kehadiran bayi itu sebagai bebanan yang besar untuk keluarga. A Duan membuat keputusan untuk menjual bayi perempuan itu.

Pada mulanya, Xiaomei tidak bersetuju dengan cadangan itu dan meminta bapa mertuanya untuk membantu. Namun, bapa mertuanya lebih menggemari bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Selepas itu, Xiaomei berhenti membantah.

Tidak lama kemudian, A Duan telah menemui pembeli melalui sistem pesanan ringkas dan menjual bayinya sendiri dengan harga 23,000 yuan. Dengan hasil jualan itu, A Duan pergi membeli iPhone dan sebuah motosikal. 

Selepas itu, Xiaomei meninggalkan A Duan dan pulang ke Tong'an. Tetapi lelaki itu mengugutnya jika dia tidak kembali ke pangkuan, lelaki itu akan membuat laporan polis.

Polis berjaya menangkap pasangan terbabit dan kedua-duanya didakwa atas pemerdagangan manusia. 

Pembeli bayi itu juga menyerah diri kepada pihak berkuasa dan mengaku hanya membeli bayi perempuan itu untuk saudara perempuannya. 

"Saya sendiri adalah anak angkat dan ramai lagi orang kampung saya menyerahkan anak mereka kepada orang lain untuk dibesarkan. Saya benar-benar tidak tahu yang perbuatan itu dilarang," kata Xiaomei. 

A Duan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun, manakala Xiaomei dikenakan hukuman penjara dua tahun setengah. Namun hukuman itu ditangguhkan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.