Jumpa Mayat Dalam Beg Pakaian


KLANG - Mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui di dalam beg pakaian di Jalan Belimbing, Meru, pagi tadi. 

Beg tersebut itu ditemui oleh seorang petugas Pengawal Istana Negara, 30, yang terlihat beg itu di dalam parit pada jam 11 pagi. 

Polis menerima panggilan berhubung penemuan berkenaan pada jam 11.30 pagi dan sepasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. 

Maklumat awal dari sumber tidak rasmi mendakwa mayat adalah seorang kanak-kanak perempuan, dan organ dalamannya telah tiada. - PIXEL MEDIA



No comments

Powered by Blogger.