'Kami Diculik, Disamun & Diugut Bunuh Di Vietnam!'


Salam semua, saya ingin berkongsi pengalaman ngeri semasa berkunjung di Vietnam pada Februari lalu. Hari ini baru berkesempatan untuk berkongsi pengalaman ini selepas pulih dari perasaan trauma. 

Apa yang berlaku ialah, saya dan rakan telah diculik, disamun dan diugut bunuh semasa berada di Vietnam pada 22 Februari 2016 - 23 Februari 2016. 

KRONOLOGI KES

Pada 22 Februari, jam 10 malam, saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandunya telah menculik dan membawa kami ke satu tempat yang tidak diketahui. Di tempat itu, terdapat 6 warga Vietnam telah menunggu untuk menyamun/merompak kami. 

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan empat tingkat dan ditempatkan dalam satu bilik. Mereka telah menyelongkar beg, dompet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit, handphone dan jam tangan.

Semasa kejadian, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami diacu dengan pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut mahu membunuh kami setelah kami maklumkan kepada mereka bahawa kami adalah pelajar.

Kami dimasukkan ke dalam kenderaan iaitu teksi (menyamar) untuk dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Apabila diminta untuk diturunkan, pemandu itu berkeras dan menolak permintaan kami. Dia juga telah memarahi kami. 

Namun takdir menyebelahi kami apabila kenderaan di hadapan telah berhenti dan kami mengambil peluang untuk melarikan diri. Semasa berada di hotel pula, keadaan menjadi tidak terkawal kerana kami terlalu takut dan trauma. 

Pada jam 1 pagi, 23 Februari, kami telah diburu hingga ke hotel. Kami akhirnya dapat melepaskan diri ke lapangan terbang bagi menjamin keselamatan nyawa kami. 

Pesanan saya, berhati-hatilah apabila berada di negara orang. - Saiful Bahari | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.