Kanak² 9 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 20


PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 20, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kondominium Palm Spring, Kota Damansara itu, mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Siasatan awal polis di lokasi mendapati, hanya kakak dan abangnya yang berusia 17 dan 16 tahun berada di rumah. 

"Mangsa terjatuh dari balkoni bahagian belakang dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa maut sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

Kejadian yang sama pernah berlaku di kondominium tersebut pada tahun 2013 di mana seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas terjatuh dari tingkat 10. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.