Kanak² Usia 7 Tahun Dah Boleh Pergi Sekolah Naik Train Sendiri


Kanak-kanak di Jepun untuk sekolah rendah telah diajar untuk pergi dan balik ke rumah bersama dengan kawan-kawan.

Contohnya, rumah yang paling jauh akan berjalan dahulu melalui rumah kawan-kawan yang sehaluan. Kemudian, kawan di laluan akan sambung seperti kereta api dan begitulah rumah seterusnya sehingga sampai ke sekolah. Balik juga sama, mereka akan melakukan perkara yang sama. 

Apa sticker kuning itu? 

Saya dah lupa apa yang ditulis pada sticker itu, tetapi lebih kurang bermaksud jika ada kanak-kanak menghadapi masalah seperti diganggu, mereka boleh terus ketuk pintu rumah bersticker ini dan mereka akan diberikan perlindungan. 

Japan is all about system and workable system

Untuk sekolah yang jauh-jauh, kita akan sering nampak anak-anak comel berusia 7 tahun dah boleh naik train pergi ke sekolah. Tiada orang yang mahu menculik budak-budak sekolah ini. Penculik tidak boleh hidup bila masyarakatnya saling jaga menjaga antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan, wanita suri rumah Jepun agak aktif bermesyuarat tingkap (gossipping). Namun banyak kebaikan bila mengambil tahu hal jiran sebelah menyebelah dari buat tak tahu. Tak adalah isu jiran sebelah rumah mati disamun dan kita cuma tahu bila kes itu sudah masuk halaman muka pertama Metro. - Saiful Nang | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.