Kekasih Pondan Rogol Wanita Warga Emas Sehingga Cedera


SIBU - Seorang pemuda lelaki berusia 29 tahun ditahan polis pagi semalam, didakwa telah merogol jirannya warga emas berusia 60 tahun di rumah kedai, di mana kedua-dua mereka menyewa bilik di tingkat yang sama.

Kejadian itu berlaku selepas suspek mengajak mangsa pergi ke biliknya. 

Berdasar keterangan mangsa, dia pada mula enggan ke bilik lelaki itu, namun suspek telah mengheretnya secara paksa dan mengunci pintu bilik sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa mendakwa dia telah dirogol sebanyak dua kali pada hari yang sama sehingga menyebabkan kemaluannya cedera. 

Menurut mangsa, suspek tinggal bersama dengan seorang pondan bersebelahan dengan biliknya. 

Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada saudaranya menyebabkan pergaduhan berlaku di antara mereka dengan suspek. 

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7. Apabila mereka kembali ke rumah, suspek telah melarikan diri. Bagaimanapun, polis berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran.

Suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.