Kena 'Bahan' Panel Temuduga Dulu, Baru Dapat Kerja


Saya pernah pergi temuduga jururawat suatu ketika dahulu. Pada masa itu, saya freshie. 

Semasa temuduga, HR tanya sama ada saya mempunyai pengalaman ataupun tidak. Sudah tentulah saya cakap tiada sebarang pengalaman dalam kerjaya jururawat. 

"Maaf encik Mustaqim, kami hanya mahu calon yang berpengalaman sahaja," katanya.

Tanpa berselindung, saya terus 'bahan' HR. 

"Korang nak yang berpengalaman sahaja, habis saya yang tiada pengalaman langsung ini nak celah bedah mana nak mengali pengalaman? 

"Dah 12 buah hospital yang saya pergi, semuanya menolak permohonan saya atas faktor tiada sebarang pengalaman dalam jawatan yang dipohon. 

"Lain kali, tulis siap-siap dalam iklan kerja kosong 'YANG BARU TAMAT BELAJAR DAN TIADA PENGALAMAN PERGI MAMPOS SANA! KAMI HANYA NAK YANG ADA PENGALAMAN SAHAJA!'. Bu**h!" kata saya yang sudah gagal menahan rasa geram.

Selang dua hari kemudian, saya menerima surat tawaran berkerja di hospital itu hasil dari tarbiah saya tempoh hari. - Mustaqim Jaafar | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.