Kenapa Sibuk Banding Bezakan Anak Orang?


Saya paling pantang kalau orang yang sejenis sibuk nak membandingkan:

  1. Anak siapa yang paling pandai
  2. Anak siapa yang paling cantik
  3. Anak siapa yang paling comel
  4. Anak siapa yang paling cepat perkembangannya
  5. Anak siapa yang paling aktif
  6. Anak siapa yang paling putih
  7. Anak siapa yang paling hitam
  8. Anak siapa yang paling terpaling²

Duduk diam-diam dan jaga anak sendiri sudahlah. Memang jenis mulut yang tiada insuran orang yang suka-suka cakap seperti ini. Tidak kiralah golongan muda atau tua, sama saja. 

Diam dan senyum bukannya tanda kita setuju atau tidak kisah dengan apa yang orang nak cakap tentang anak kita. Tetapi sebab kita tidak mahu diri sendiri bertambah kecil hati. 

Kalau tiada benda nak cakap selain melukakan hati seorang ibu, lebih baik zipkan saja mulut itu. Tak pun, jahit mati mulut itu biar jangan sedikit pun perkataan yang tidak elok keluar daripada mulut.

Nak mengandung bukannya senang, apatah lagi mengharunginya. Berdosa tahu tak bila anda mengutuk, mengata dan memerli ciptaan Tuhan.

Status ini ditulis sebab baru terbaca komen orang yang asyik membandingkan anak Rozita Che Wan dengan Anak Awal Ashaari. Saya bukan peminat mereka tetapi saya suka dan turut tumpang bahagia bila tengok anak mereka comel dan bijak. 

Bagi golongan yang gemar membanding-bezakan anak-anak orang ini, mereka memang layak digelar manusia berhati hitam. Noktah. - Irine Nadia Marcello | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.