Khairy Sahkan SUB KBS Ditahan SPRM


PUTRAJAYA - Susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan penangkapan seorang penjawat awam (Setiausaha Bahagian - SUB), Menterinya mengeluarkan kenyataan media hari ini. 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa individu yang didedahkan oleh SPRM itu adalah pegawai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

"Saya ingin mengesahkan bahawa individu yang dirujuk adalah pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. SPRM telah memaklumkan kepada saya beberapa minggu yang lalu bahawa satu siasatan sedang dijalankan terhadap pegawai tersebut.

"Saya telah menyatakan kesediaan KBS dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh," katanya. 


Menurut beliau, KBS akan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawia berkenaan berdasarkan hasil siasatan. 

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewangan dan salahguna kuasa," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau akan melaksanakan satu semakan segera terhadap segala mekanisme dalaman dan proses tadbir urus berkaitan penyaluran dana di KBS.

"Bagi tujuan ini, saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkenaan penubuhan sebuah pasukan siasatan bebas untuk mengenal pasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman KBS. Objektif utama pasukan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan proses dalaman yang boleh menjurus kepada penyelewengan dana awam," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.