Khir Toyo Dibebaskan Dengan Parol


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dibebaskan dengan parol selepas menjalani hukuman selama 6 bulan di Penjara Kajang. 

Lapor Astro Awani, permohonan Khir Toyo itu diluluskan oleh Lembaga Parol setelah mengadakan mesyuarat pada pagi tadi. 

Melalui sistem parol. Khir Toyo dibebaskan lebih awal oleh kerajaan. Beliau juga dibenarkan tinggal bersama keluarga dan menjalani aktiviti harian seperti biasa namun dengan pemantauan pihak penjara.

Mahkamah Persekutuan pada 29 September 2015 mengekalkan hukuman penjara 12 bulan pada Khir Toyo yang disabit bersalah di atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007 untuk dirinya dan isteri. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.