Makan Lambat, Cikgu Tonyoh Makanan Di Muka Pelajar Autisme


SIKAMAT - Gara-gara makan terlalu lambat, seorang guru tergamak melumurkan makanan di muka seorang murid istimewa (OKU - Autisme). 

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu rehat itu di SK Sikama itu, mangsa lambat menghabiskan makanannya menyebabkan guru terbabit berang lalu melumurkan makanan di muka mangsa. 

"Anak, jika direnung dari matamu, tidak terfikir ibu akan nasib yang menimpamu. Kau kuat, kau tabah dan kau masih mampu tersenyum. Kau langsung tidak menyedari apa yang berlaku padamu anak. Hadiah dari Syurga buat ibu. Moga Allah akan membalas akan setiap penganiayaan ini," luah Jeffima di Facebooknya. 

Sementara itu, guru wanita terbabit enggan mengaku berbuat demikian dan cuba mempertahankan diri. 

"Dia tidak mahu mengaku sedangkan ramai pelajar yang menyaksi kejadian itu. Budak-budak semua takut pada cikgu itu. Mereka kata cikgu itu garang gila," kata Jeffima. 

Tindakan guru terhadap pelajar autisme itu tidak dapat diterima oleh ibu mangsa yang akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.