Mampukah Orang Asal Bayar Bil Elektrik & Air?


PUTRAJAYA - "Mampukah Orang Asal membayar bil elektrik dan air?" demikian persoalan dari Pensyarah Pusat Pengajian Kerajaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Zainal Kling.

Memetik kenyataan beliau dari Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan semata-mata.

"Masukkan elektrik ke kampung Orang Asal barangkali senang. Tarik tiang, tarik wayar bolehlah pasang. Tetapi kebanyakan penduduk kampung Orang Asal tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Mereka masih lagi menjalankan aktiviti pekerjaan di hutan. Orang Asal yang tinggal berhampiran bandar sudah tidak ada hutan untuk mereka mencari hasil, tetapi jika tidak diberi percuma, mereka tidak dapat membayar bil air dan elektrik," katanya.

Tambah beliau, jika kerajaan tidak membantu Orang Asal untuk membayar segala kos kemudahan asas ini, maka nak memasukkan segala kemudahan asas ini akan menjadi masalah. 

Lapor Free Malaysia Today, kebanyakan Orang Asal yang tinggal berhampiran Putrajaya bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.

"Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain terus memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asal. Anak mereka perlu diselamatkan, pastikan mereka pergi ke sekolah, masuk kolej dan berjaya agar dapat membantu keluarga. 

"Yang tua-tua ini sudah tidak boleh buat apa-apa, kena bagi BR!M sepanjang masa kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap," kata Zainal. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.